
Fahaman ini sering dikaitkan dengan golongan Atheist dan berpendapat bahawa manusia mampu untuk menjadi lebih beretika dan bermoral walaupun tanpa agama mahupun tuhan. Walaupun fahaman ini tidak menanggap manusia itu adalah baik atau jahat secara semulajadi, sebaliknya menekankan etika sebab dan akibat keputusan manusia yang akan memberi impak kepada hidup seseorang itu.
Agama (religion)

Nilai Moral/Etika (morality/ethics)

Golongan sekular bebas dari supernaturalism. Oleh yang demikian mereka berpendapat bahawa nilai moral yang dimiliki oleh seseorang individu datang dari pengalaman dan budaya mereka. Mereka menentang standard mutlak, walaubagaimanapun prinsip tingkah laku moral mungkin berlaku.
Etika adalah bersifat individual dan berasaskan sesuatu situasi, yang timbul daripada keperluan dan keinginan manusia. Matlamat utama humanisma ialah kebahagiaan, kehidupan yang baik serta kebahagiaan.
Sexual Expression
Golongan sekular sememangnya tidak berpendapat nafsu dan sex itu adalah salah sepertimana agama melihat nafsu dan sex itu salah dan merupakan satu dosa.
Golongan sekular tidak memberikan had, dalam undang-undang atau sosial untuk dua orang individu dewasa yang rela, sebaliknya secular humanism menggalakkan hubungan intim yang sensitif dan saling menghormati serta hubungan interpersonal yang jujur.
Bagi mereka, masyarakat perlu mengikhtiraf kawalan kelahiran, pengguguran dan penceraian. Manakala Pendidikan Moral sangat penting untuk kanak-kanak dan individu dewasa bagi perkembangan kesedaran dan kematangan dalam bidang ini.
One World

Para pemikir sekular berpendapat bahawa ekonomi dunia perlu diubah kepada demokrasi bagi menjadi lebih sensitif dalam keperluan manusia dan untuk meningkatkan kebaikan untuk pengguna. Kekayaan dan pertumbuhan ekonomi perlu sama rata bagi semua orang kerana planet ini adalah sebuah ekosistem yang wujud untuk semua orang.
Pendidikan (Education)
Pemikir sekular juga mengalakkan kesedaran moral dan keupayaan untuk memikirkan dan membuat keputusan sendiri. Untuk menyebarkan kesedaran ini, mereka sedar bahawa pentingnya pendidikan. Oleh itu, mereka menyokong segala usaha untuk memberikan pendidikan kepada setiap individu dalam dunia ini.
Hi my name is Sanggitah Arasalingam (A 139799). Your article regarding secularism is a good information. Besides, you've put it clearly. Easy to read and understand. Great job. :). Do visit my blog when you have free time http://hakasasimanuasi.blogspot.my/
ReplyDeleteYou really have a packed information on secular humanism. Honestly some of the things mention above is really new to me. Thanks for the info girl :)
ReplyDelete