Saturday, 21 May 2016

Human Rights in Malaysia

Freedom

"5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang."

"10. (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
        (b) semua warganegara brhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
        (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan."

"11. (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak- (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
                                                                      (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi                                                                                                            bagi maksud agama dan khairat; dan
                                                                      (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan                                                                                                        mentadbirkannya mengikut undang-undang


Equality

"8. (2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan."

Rights to Education

"12. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak bleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya."

1 comment:

  1. A very good information regarding humanism. But im wondering if you could share the site, because im not sure about the exact contents that you have posted, please provide website for us to view more..Sanggitah Arasalingam (A139799). Thank you.

    ReplyDelete