Secular Humanism merupakan satu etika falsafah yang menekankan kepercayaan bahawa dunia dan sekitar berdasarkan apa yang boleh dikaji dan bersebab. Oleh yang demikian, etika ini mementingkan kajian secara saintifik dan menolak sama sekali ilmu yang berlandaskan moral teistik seperti dogma, alam ghaib dan kepercayaan karut. Secular Humanism menjadi sangat berpengaruh dalam politik, etika-etika dan moral serta pendidikan masa kini.
Fahaman ini sering dikaitkan dengan golongan Atheist dan berpendapat bahawa manusia mampu untuk menjadi lebih beretika dan bermoral walaupun tanpa agama mahupun tuhan. Walaupun fahaman ini tidak menanggap manusia itu adalah baik atau jahat secara semulajadi, sebaliknya menekankan etika sebab dan akibat keputusan manusia yang akan memberi impak kepada hidup seseorang itu.
Agama (religion)
Golongan Atheist menggambarkan diri mereka sebagai kumpulan yang tidak mempercayai tuhan dan golongan ini sangat skeptik terhadap kepercayaan bahawa wujudnya kuasa tertinggi, serta agnostik iaitu kumpulan tanpa ilmu tentang wujudnya tuhan dan tidak pasti tentang kebarangkalian wujudnya kuasa tertinggi.
Undang-undang yang mentadbir dunia merupakan undang-undang fizikal semesta dan tidak dipengaruhi oleh perkara non-material dan ghaib seperti tuhan, syaitan dan roh. Konsep tuhan mendengar doa tidak diikhtiraf oleh golongan sekular. Bagi mereka alam semesta tiada kaitannya dengan tuhan kerana sains moden menolak segala kemungkinan bahawa nilai manusia wujud dari alam ghaib. Nilai moral tidak datang dari kepercayaan karut dalam keabadian dan kelahiran semula, sebaliknya kehidupan kita berkembang kerana kita memilih jalan dan mengembangkan masa depan kita. Alam semesta pula tercipta dengan sendirinya melalui proses saintifik, dan manusia merupakan sebahagian daripada alam semulajadi.
Nilai Moral/Etika (morality/ethics)
Golongan sekular bebas dari supernaturalism. Oleh yang demikian mereka berpendapat bahawa nilai moral yang dimiliki oleh seseorang individu datang dari pengalaman dan budaya mereka. Mereka menentang standard mutlak, walaubagaimanapun prinsip tingkah laku moral mungkin berlaku.
Etika adalah bersifat individual dan berasaskan sesuatu situasi, yang timbul daripada keperluan dan keinginan manusia. Matlamat utama humanisma ialah kebahagiaan, kehidupan yang baik serta kebahagiaan.
Sexual Expression
Golongan sekular sememangnya tidak berpendapat nafsu dan sex itu adalah salah sepertimana agama melihat nafsu dan sex itu salah dan merupakan satu dosa.
Golongan sekular tidak memberikan had, dalam undang-undang atau sosial untuk dua orang individu dewasa yang rela, sebaliknya secular humanism menggalakkan hubungan intim yang sensitif dan saling menghormati serta hubungan interpersonal yang jujur.
Bagi mereka, masyarakat perlu mengikhtiraf kawalan kelahiran, pengguguran dan penceraian. Manakala Pendidikan Moral sangat penting untuk kanak-kanak dan individu dewasa bagi perkembangan kesedaran dan kematangan dalam bidang ini.
One World
Para pemikir sekular berpendapat bahawa ekonomi dunia perlu diubah kepada demokrasi bagi menjadi lebih sensitif dalam keperluan manusia dan untuk meningkatkan kebaikan untuk pengguna. Kekayaan dan pertumbuhan ekonomi perlu sama rata bagi semua orang kerana planet ini adalah sebuah ekosistem yang wujud untuk semua orang.
Pendidikan (Education)
Pemikir sekular juga mengalakkan kesedaran moral dan keupayaan untuk memikirkan dan membuat keputusan sendiri. Untuk menyebarkan kesedaran ini, mereka sedar bahawa pentingnya pendidikan. Oleh itu, mereka menyokong segala usaha untuk memberikan pendidikan kepada setiap individu dalam dunia ini.
Hi my name is Sanggitah Arasalingam (A 139799). Your article regarding secularism is a good information. Besides, you've put it clearly. Easy to read and understand. Great job. :). Do visit my blog when you have free time http://hakasasimanuasi.blogspot.my/
ReplyDeleteYou really have a packed information on secular humanism. Honestly some of the things mention above is really new to me. Thanks for the info girl :)
ReplyDelete