Piagam Hak Asasi Manusia yang pertama?
Menurut sejarah, piagam pertama yang menyentuh tentang Hak
Asasi adalah yang ditulis oleh Cyrus the Great, ataupun Iskandar Zulkarnain.
Cyrus merupakan raja pertama Parsi. Penakhlukannya di Babylon
pada tahun 539 B.C. telah menandakan satu titik penting dalam sejarah manusia,
Cyrus melepaskan semua hamba dan mengisytiharkan bahawa setiap individu
mempunyai hak untuk memilih agama mereka masing-masing dan menubuhkan kesaksamaan
kaum. Dasar-dasar baginda yang lain turut ditulis pada silinder tanah liat yang
kini disimpan di British Museum, London.
Antara deklarasi yang ditulis pada silinder tersebut
termasuklah ;-
“… I am Cyrus. King of the world. When I entered Babylon… I did
not allow anyone to terrorize the land… I kept in view the needs of people and
all its sanctuaries to promote their well-being… I put an end to their
misfortune. The Great God has delivered all the lands into my hand; the lands
that I have made to dwell in peaceful habitation…”
Menurut sumber, pada baris ke 9-19 yang menceritakan tentang
tuhan orang Babylon iaitu Marduk yang mencari raja baru bagi menggantikan raja
lama yang jahat, dan ianya telah memilih Cyrus. Selepas jatuhnya Parsi ditangan
Cyrus, bandar Babylon menjadi aman dan buruh paksa juga dimansuhkan.
(sumber: http://www.cais-soas.com/CAIS/History/hakhamaneshian/Cyrus-the-great/cyrus_cylinder.htm)
Piagam Madinah
Piagam Madinah di ambil kira sebagai dokumen pertama yang
membincangkan tentang hak asasi manusia di dunia. Ianya digubal 6 kurun lebih
awal daripada Magna Carta.
Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M,
penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai kaum. Piagam Madinah ataupun Medina Charter telah digubal dengan
mengambil kira setiap kaum di Madinah.
1-23 fasal piagam tersebut membincangkan tentang hubungan
diantara umat Islam, manakala fasal 24-27 pula membicarakan tentang hubungan
umat Islam dengan umat bukan Islam.
Terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada Piagam
Madinah kerana ianya piagam pertama yang membincangkan kaum majmuk yang
mendiami sesuatu tempat dengan mengambil kira hak-hak mereka sebagai seseorang
individu dan sebahagian daripada masyarakat.
Secara tidak lansung, sebuah negara bangsa moden yang
pertama telah tertubuh dengan termaktubnya piagam Madinah. Dengan piagam ini,
sebuah persekutuan telah ditubuhkan dengan kuasa berpusat. Kesetiaan kepada
kuasa pusat dapat dikekalkan dengan cara memberikan sama rata dan kebebasan
untuk menganuti agama sendiri. Piagam tersebut juga menyatakan bahawa suara
rakyat diutamakan.
(sumber: http://anshar-mtk.blogspot.my/2012/10/piagam-madinah.html, https://prezi.com/zki-vj8im1xs/huraikan-kandungan-peranan-piagam-madinah-yang-diperkenalk/)
Magna Carta
Magna Carta ataupun dalam bahasa Latin, Magna Carta Libertatum adalah satu piagam yang dipersetujui oleh
Raja England iaitu John, pemerintah ketiga daripada Raja-raja Angevin (raja
pertama ialah King Henry II, diikuti oleh Richard I, dan akhirnya John).
Sistem pemerintahan dibawah raja-raja Angevin dijalankan
menurut prinsip vis et voluntas yang
bermaksud “force and will”, dimana raja adalah diatas undang-undang, ataupun,
raja merupakan undang-undang.
Pada tahun 1204, Raja John kehilangan tanahnya di Perancis
oleh Raja Philip II. Raja John telah berusaha secara sedaya upayanya untuk
menakhluki kembali tanah tersebut, termasuklah menaikkan cukai tanah kepada
tuan-tuan tanah (baron) untuk
mendapatkan wang untuk membiayai perang. Pada tahun 1214, usahanya gagal, dan
pada waktu itu, dia tidak disukai oleh tuan-tuan tanah dibawah pemerintahannya
pada ketika itu.
Pada tahun 1215, Raja John terpaksa menemui pemberontaknya
yang diketuai oleh Robert FitzWalter di Runnymede, dimana Raja John terpaksa
bersetuju dengan terma yang diutarakan oleh pemberontak tuan tanah. Terma-terma
tersebut dipanggil sebagai Articles of
the Barons. Bebeapa hari kemudian, kedua-dua pihak mengeluarkan dukumen
yang sah bagi perjanjian mereka itu dan ianya dipanggil sebagai Magna Carta. Perkara-perkara
yang dibincangkan didalam dokumen ini termasuklah hak hartanah tuan tanah dan
masyarakat berkuasa yang lain dan hanya sedikit menyentuh tentang hak peladang.
Kepentingan carta tersebut kekal untuk golongan elit sahaja.
Walau bagaimanapun, pada kurun ke 17, terdapat sedikit perubahan berlaku dimana
menurut English legislation - the
Petition of Right (1628) dan Habeas
Corpus Act (1679) klaus ke 29, mengatakan, “no free man shall be … imprisoned or disseised {dispossessed} … except
by the lawful judgement of his peers or by the law of the land.” Dan juga
klaus ke 40 yang menyatakan bahawa, “To
no one will we sell, to no one will we deny or delay right or justice”.
Klaus tersebut membawa implikasi dramatic pada sistem masa depan Britain dan
Amerika.
(sumber: http://www.history.com/topics/british-history/magna-carta)
No comments:
Post a Comment