Saturday, 21 May 2016

Human Rights in Malaysia

Freedom

"5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang."

"10. (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
        (b) semua warganegara brhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
        (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan."

"11. (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak- (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
                                                                      (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi                                                                                                            bagi maksud agama dan khairat; dan
                                                                      (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan                                                                                                        mentadbirkannya mengikut undang-undang


Equality

"8. (2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan."

Rights to Education

"12. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak bleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya."

Songs That Had To Do With Human Rights


Get Up, Stand Up (Bob Marley)

Get up, stand up, stand up for your right 
Get up, stand up, stand up for your right
Get up, stand up, stand up for your right
Get up, stand up, don't give up the fight

Preacher man don't tell me heaven is under the earth
I know you don't know what life is really worth
Is not all that glitters in gold and
Half the story has never been told
So now you see the light, aay
Stand up for your right. Come on

Get up, stand up, stand up for your right
Get up, stand up, don't give up the fight
(Repeat)

Most people think great God will come from the sky
Take away ev'rything, and make ev'rybody feel high
But if you know what life is worth
You would look for yours on earth
And now you see the light
You stand up for your right, yeah! 

Get up, stand up, stand up for your right
Get up, stand up, don't give up the fight
Get up, stand up. Life is your right
So we can't give up the fight
Stand up for your right, Lord, Lord
Get up, stand up. Keep on struggling on
Don't give up the fight

We're sick and tired of your ism and skism game
Die and go to heaven in Jesus' name, Lord
We know when we understand
Almighty God is a living man
You can fool some people sometimes
But you can't fool all the people all the time
So now we see the light
We gonna stand up for our right

So you'd better get up, stand up, stand up for your right
Get up, stand up, don't give up the fight
Get up, stand up, stand up for your right
Get up, stand up, don't give up the fight


Zombie (Cranberries)

Another head hangs lowly 
Child is slowly taken 
And if violence causes the silence 
Who are we mistaking 
But you see it's not me 
It's not my family 
In your head in your head 
They are fighting 

With their tanks and their bombs 
And their bombs and their guns 
In your head in your head they are crying

[Chorus]
In your head
In your head
Zombie zombie zombie ei ei 
What's in your head 
In your head.
Zombie, zombie, zombie ei, ei, ei, oh do, do, do, do, do, do, do, do 

Another mother's breakin', 
Heart is taken over
When the violence causes silence 
We must be mistaken 
It's the same old thing since 1916 
In your head in your head 
They're still fighting 
With their tanks and their bombs 
And their bombs and their guns 
In your head in your head they are dying


Sunday, 8 May 2016

Secular Humanism

Secular atau sekular ialah sesuatu perkara yang melambangkan sikap, aktiviti, atau perkara lain yang tidak berpandukan atau berasaskan keagamaan ataupun kerohanian. Humanism atau humanisma pula membawa maksud sesuatu sistem pemikiran yang mementingkan perkara-perkara yang membabitkan manusia. Kepercayaan humanisma menekankan nilai potensi dan keperluan manusia, serta mencari jalan rasional untuk menyelesaikan masalah yang membendung manusia.

Secular Humanism merupakan satu etika falsafah yang menekankan kepercayaan bahawa dunia dan sekitar berdasarkan apa yang boleh dikaji dan bersebab. Oleh yang demikian, etika ini mementingkan kajian secara saintifik dan menolak sama sekali ilmu yang berlandaskan moral teistik seperti dogma, alam ghaib dan kepercayaan karut. Secular Humanism menjadi sangat berpengaruh dalam politik, etika-etika dan moral serta pendidikan masa kini.

Fahaman ini sering dikaitkan dengan golongan Atheist dan berpendapat bahawa manusia mampu untuk menjadi lebih beretika dan bermoral walaupun tanpa agama mahupun tuhan. Walaupun fahaman ini tidak menanggap manusia itu adalah baik atau jahat secara semulajadi, sebaliknya menekankan etika sebab dan akibat keputusan manusia yang akan memberi impak kepada hidup seseorang itu.







                                                                         Agama (religion)

Golongan Atheist menggambarkan diri mereka sebagai kumpulan yang tidak mempercayai tuhan dan golongan ini sangat skeptik terhadap kepercayaan bahawa wujudnya kuasa tertinggi, serta agnostik iaitu kumpulan tanpa ilmu tentang wujudnya tuhan dan tidak pasti tentang kebarangkalian wujudnya kuasa tertinggi.

Undang-undang yang mentadbir dunia merupakan undang-undang fizikal semesta dan tidak dipengaruhi oleh perkara non-material dan ghaib seperti tuhan, syaitan dan roh. Konsep tuhan mendengar doa tidak diikhtiraf oleh golongan sekular. Bagi mereka alam semesta tiada kaitannya dengan tuhan kerana sains moden menolak segala kemungkinan bahawa nilai manusia wujud dari alam ghaib. Nilai moral tidak datang dari kepercayaan karut dalam keabadian dan kelahiran semula, sebaliknya kehidupan kita berkembang kerana kita memilih jalan dan mengembangkan masa depan kita. Alam semesta pula tercipta dengan sendirinya melalui proses saintifik, dan manusia merupakan sebahagian daripada alam semulajadi.









Nilai Moral/Etika (morality/ethics)


Golongan sekular bebas dari supernaturalism. Oleh yang demikian mereka berpendapat bahawa nilai moral yang dimiliki oleh seseorang individu datang dari pengalaman dan budaya mereka. Mereka menentang standard mutlak, walaubagaimanapun prinsip tingkah laku moral mungkin berlaku.
Etika adalah bersifat individual dan berasaskan sesuatu situasi, yang timbul daripada keperluan dan keinginan manusia. Matlamat utama humanisma ialah kebahagiaan, kehidupan yang baik serta kebahagiaan.











Sexual Expression

Golongan sekular sememangnya tidak berpendapat nafsu dan sex itu adalah salah sepertimana agama melihat nafsu dan sex itu salah dan merupakan satu dosa.
Golongan sekular tidak memberikan had, dalam undang-undang atau sosial untuk dua orang individu dewasa yang rela, sebaliknya secular humanism menggalakkan hubungan intim yang sensitif dan saling menghormati serta hubungan interpersonal yang jujur.
Bagi mereka, masyarakat perlu mengikhtiraf kawalan kelahiran, pengguguran dan penceraian. Manakala Pendidikan Moral sangat penting untuk kanak-kanak dan individu dewasa bagi perkembangan kesedaran dan kematangan dalam bidang ini.


One World


Para pemikir sekular berpendapat bahawa ekonomi dunia perlu diubah kepada demokrasi bagi menjadi lebih sensitif dalam keperluan manusia dan untuk meningkatkan kebaikan untuk pengguna. Kekayaan dan pertumbuhan ekonomi perlu sama rata bagi semua orang kerana planet ini adalah sebuah ekosistem yang wujud untuk semua orang.







Pendidikan (Education)



Pemikir sekular juga mengalakkan kesedaran moral dan keupayaan untuk memikirkan dan membuat keputusan sendiri. Untuk menyebarkan kesedaran ini, mereka sedar bahawa pentingnya pendidikan. Oleh itu, mereka menyokong segala usaha untuk memberikan pendidikan kepada setiap individu dalam dunia ini.



Piagam-piagam hak asasi manusia dalam sejarah

Piagam Hak Asasi Manusia yang pertama?



Menurut sejarah, piagam pertama yang menyentuh tentang Hak Asasi adalah yang ditulis oleh Cyrus the Great, ataupun Iskandar Zulkarnain.

Cyrus merupakan raja pertama Parsi. Penakhlukannya di Babylon pada tahun 539 B.C. telah menandakan satu titik penting dalam sejarah manusia, Cyrus melepaskan semua hamba dan mengisytiharkan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk memilih agama mereka masing-masing dan menubuhkan kesaksamaan kaum. Dasar-dasar baginda yang lain turut ditulis pada silinder tanah liat yang kini disimpan di British Museum, London.

Antara deklarasi yang ditulis pada silinder tersebut termasuklah ;-

“… I am Cyrus. King of the world. When I entered Babylon… I did not allow anyone to terrorize the land… I kept in view the needs of people and all its sanctuaries to promote their well-being… I put an end to their misfortune. The Great God has delivered all the lands into my hand; the lands that I have made to dwell in peaceful habitation…”

Menurut sumber, pada baris ke 9-19 yang menceritakan tentang tuhan orang Babylon iaitu Marduk yang mencari raja baru bagi menggantikan raja lama yang jahat, dan ianya telah memilih Cyrus. Selepas jatuhnya Parsi ditangan Cyrus, bandar Babylon menjadi aman dan buruh paksa juga dimansuhkan.


(sumber: http://www.cais-soas.com/CAIS/History/hakhamaneshian/Cyrus-the-great/cyrus_cylinder.htm)



Piagam Madinah



Piagam Madinah di ambil kira sebagai dokumen pertama yang membincangkan tentang hak asasi manusia di dunia. Ianya digubal 6 kurun lebih awal daripada Magna Carta.

Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M, penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai kaum. Piagam Madinah ataupun Medina Charter telah digubal dengan mengambil kira setiap kaum di Madinah.

1-23 fasal piagam tersebut membincangkan tentang hubungan diantara umat Islam, manakala fasal 24-27 pula membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam.

Terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada Piagam Madinah kerana ianya piagam pertama yang membincangkan kaum majmuk yang mendiami sesuatu tempat dengan mengambil kira hak-hak mereka sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat.
Secara tidak lansung, sebuah negara bangsa moden yang pertama telah tertubuh dengan termaktubnya piagam Madinah. Dengan piagam ini, sebuah persekutuan telah ditubuhkan dengan kuasa berpusat. Kesetiaan kepada kuasa pusat dapat dikekalkan dengan cara memberikan sama rata dan kebebasan untuk menganuti agama sendiri. Piagam tersebut juga menyatakan bahawa suara rakyat diutamakan.

(sumber: http://anshar-mtk.blogspot.my/2012/10/piagam-madinah.html, https://prezi.com/zki-vj8im1xs/huraikan-kandungan-peranan-piagam-madinah-yang-diperkenalk/)




Magna Carta



Magna Carta ataupun dalam bahasa Latin, Magna Carta Libertatum adalah satu piagam yang dipersetujui oleh Raja England iaitu John, pemerintah ketiga daripada Raja-raja Angevin (raja pertama ialah King Henry II, diikuti oleh Richard I, dan akhirnya John).

Sistem pemerintahan dibawah raja-raja Angevin dijalankan menurut prinsip vis et voluntas yang bermaksud “force and will”, dimana raja adalah diatas undang-undang, ataupun, raja merupakan undang-undang.

Pada tahun 1204, Raja John kehilangan tanahnya di Perancis oleh Raja Philip II. Raja John telah berusaha secara sedaya upayanya untuk menakhluki kembali tanah tersebut, termasuklah menaikkan cukai tanah kepada tuan-tuan tanah (baron) untuk mendapatkan wang untuk membiayai perang. Pada tahun 1214, usahanya gagal, dan pada waktu itu, dia tidak disukai oleh tuan-tuan tanah dibawah pemerintahannya pada ketika itu.

Pada tahun 1215, Raja John terpaksa menemui pemberontaknya yang diketuai oleh Robert FitzWalter di Runnymede, dimana Raja John terpaksa bersetuju dengan terma yang diutarakan oleh pemberontak tuan tanah. Terma-terma tersebut dipanggil sebagai Articles of the Barons. Bebeapa hari kemudian, kedua-dua pihak mengeluarkan dukumen yang sah bagi perjanjian mereka itu dan ianya dipanggil sebagai Magna Carta. Perkara-perkara yang dibincangkan didalam dokumen ini termasuklah hak hartanah tuan tanah dan masyarakat berkuasa yang lain dan hanya sedikit menyentuh tentang hak peladang.

Kepentingan carta tersebut kekal untuk golongan elit sahaja. Walau bagaimanapun, pada kurun ke 17, terdapat sedikit perubahan berlaku dimana menurut English legislation - the Petition of Right (1628) dan Habeas Corpus Act (1679) klaus ke 29, mengatakan, “no free man shall be … imprisoned or disseised {dispossessed} … except by the lawful judgement of his peers or by the law of the land.” Dan juga klaus ke 40 yang menyatakan bahawa, “To no one will we sell, to no one will we deny or delay right or justice”. Klaus tersebut membawa implikasi dramatic pada sistem masa depan Britain dan Amerika.

(sumber: http://www.history.com/topics/british-history/magna-carta)

Tuesday, 3 May 2016

Sejarah Perkembangan (A Short History)

Sejarah kemunculan human rights telah lama, dan boleh dilihat sejak tamadun Greek lagi. Buktinya, ialah tulisan seorang penulis Greek yang terkemuka, Sophocles, iaitu Antigone, yang ditulis pada awal tahun 441 SM (BC).


Fasa Pertama : Hak Asasi sebagai undang-undang yang tertinggi (higher law/divine law)

Antigone merupakan sebuah pementasan atau cerita yang berkisahkan mengenai seorang wanita Greek yang bernama Antigone yang ingkar terhadap pemerintahnya dan berkeras untuk menjalankan upacara pengebumian untuk abangnya. Namun begitu, dia tertangkap dan di bawa untuk berhadapan dengan pemerintah tersebut, Creon, yang juga merupakan bapa saudara Antigone. Creon berasa sangat marah kerana perintahnya tidak dituruti, dan Antigone telah melakukan upacara pengebumian yang lengkap untuk Polynices. Creon menganggap Polynices sebagai pengkhianat yang mengetuai tentera luar untuk menyerang tanahnya sendiri.


Antigone mengemukakan persoalan terhadap keputusan Creon dan juga memberitahu bapa saudaranya bahawa Polynices mempunyai hak untuk dikebumikan kerana dia taat dengan higher law ataupun kuasa tuhan, yang lebih dari Creon sebagai pemerintah.


Pada akhirnya, Antigone dikurung di dalam gua dan apabila tiba masanya Creon mahu menarik balik hukumannya, wanita itu sudahpun mati. Hal ini seterusnya membawa kepada kematian anak lelaki Creon, yang juga merupakan kekasih Antigone, dan juga kematian isterinya Eurydice, yang membunuh diri akibat kematian anak lelakinya.


Kisah ini membawa perkaitan antara manusia dan higher law yang dikatakan sebagai hak setiap manusia yang telah dikurniakan oleh tuhan.














Fasa Kedua : Undang-undang tertinggi (higher law/divine law) yang dikanunkan

Seterusnya, penulisan undang-undang bertulis yang berlandaskan higher law. Hal ini dapat dilihat dalam The Declaration of Independence (1776) yang ditulis oleh penjajah Amerika yang mahu bebas dari Empayar Britain. Mereka (koloni Amerika) menulis deklarasi untuk memberikan alasan yang kuat:


We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal, that they are endowed by their Creator with certain unalienable Rights, that among these are Life, Liberty and the pursuit of Happiness – that to secure these rights, Governments are instituted among Men, deriving their just powers from the consent of the governed, – that whenever any Form of Government becomes destructive of these ends, it is the Right of the People to alter or to abolish it, and to institute new Government, laying its foundation on such principles and organizing its powers in such form, as to them shall seem most likely to effect their Safety and Happiness. Prudence, indeed, will dictate that Governments long established should not be changed for light and transient causes; and accordingly all experience hath shewn, that mankind are more disposed to suffer, while evils are sufferable, than to right themselves by abolishing the forms to which they are accustomed. But when a long train of abuses and usurpations, pursuing invariably the same Object evinces a design to reduce them under absolute Despotism, it is their right, it is their duty, to throw off such Government, and to provide new Guards for their future security – such has been the patient sufferance of these Colonies; and such is now the necessity which constrains them to alter their former Systems of Government. The history of the present King of Great Britain is a history of repeated injuries and usurpations, all having in direct object the establishment of an absolute Tyranny over these States. To prove this, let Facts be submitted to candid world.”



Fasa Ketiga : Kajian Semula Badan Kehakiman (judicial review)

Tahap seterusnya merupakan salah satu cara untuk membuat undang-undang tertinggi lebih efektif. Ketua Hakim Negara iaitu John Marshall dalam American Supreme Court berpendapat bahawa kuasa badan perundangan adalah tertakrif dan terhad, dan had tersebut tidak seharusnya dilupakan. Marshall menekankan semakan kehakiman bersepadu sebagai satu elemen yang penting dalam konsep undang-undang tertinggi dan hak asasi manusia. Pada tahun 1803, konsep moden untuk hak asasi manusia hampir selesai dan sejak dari itu, sedikit pembaharuan dilakukan. Antara yang sangat penting bagi pembentukan hak asasi manusia pada masa kini ialah perkembangan idea hak asasi manusia secara global. Walau bagaimanapun, hak-hak yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Amerika adalah tepat untuk rakyat Amerika sahaja.







Fasa Keempat : Penggunaan idea Hak Asasi Manusia secara universal

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua (WWII) barulah konsep hak asasi diketengahkan. Negara ahli PBB berjanjji untuk mempromosi hak asasi manusia untuk semua, tanpa diskriminasi. Untuk mencapai matlamat ini, PPB telah menubuhkan Commision on Human Rights yang dibentuk oleh Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB untuk membantu menguruskan segala sesuatu yang berkaitan dengan hak asasi. Usaha yang diketuai oleh Eleanor Roosevelt ini telah mendapat perhatian seluruh dunia.

Pada Disember 10, tahun 1948, Universal Declaration of Human Rights (UDHR) ataupun Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia telah diterima pakai oleh 56 negara ahli PBB, walau terdapat 8 negara yang tidak bersetuju. UDHR dianggap sebagai Magna Carta antarabangsa, dan dilanjutkan dalam revolusi undang-undang diiringi oleh Piagam PPB, dimana kerajaan kini menganggap kebimbangan rakyat sebagai kebimbangan sendiri yang bersifat antarabangsa dan bukan isu domestik semata-mata. PPB mendakwa bahawa semua hak adalah saling bergantungan dan tidak boleh dipisahkan.

Pengaruh UDHR adalah sangat meluas dan prinsipnya telah diserap ke dalam perlembagaan lebih daripada 185 buah negara. Walaupun sebuah deklarasi bukanlah satu dokumen ikatan yang sah, namun Deklarasi Universal tersebut telah mencapai status antarabangsa kerana orang menganggapnya sebagai satu ukuran standard pencapaian untuk semua orang dalam setiap negara yang ada di dunia ini.