Sunday, 8 May 2016

Piagam-piagam hak asasi manusia dalam sejarah

Piagam Hak Asasi Manusia yang pertama?



Menurut sejarah, piagam pertama yang menyentuh tentang Hak Asasi adalah yang ditulis oleh Cyrus the Great, ataupun Iskandar Zulkarnain.

Cyrus merupakan raja pertama Parsi. Penakhlukannya di Babylon pada tahun 539 B.C. telah menandakan satu titik penting dalam sejarah manusia, Cyrus melepaskan semua hamba dan mengisytiharkan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk memilih agama mereka masing-masing dan menubuhkan kesaksamaan kaum. Dasar-dasar baginda yang lain turut ditulis pada silinder tanah liat yang kini disimpan di British Museum, London.

Antara deklarasi yang ditulis pada silinder tersebut termasuklah ;-

“… I am Cyrus. King of the world. When I entered Babylon… I did not allow anyone to terrorize the land… I kept in view the needs of people and all its sanctuaries to promote their well-being… I put an end to their misfortune. The Great God has delivered all the lands into my hand; the lands that I have made to dwell in peaceful habitation…”

Menurut sumber, pada baris ke 9-19 yang menceritakan tentang tuhan orang Babylon iaitu Marduk yang mencari raja baru bagi menggantikan raja lama yang jahat, dan ianya telah memilih Cyrus. Selepas jatuhnya Parsi ditangan Cyrus, bandar Babylon menjadi aman dan buruh paksa juga dimansuhkan.


(sumber: http://www.cais-soas.com/CAIS/History/hakhamaneshian/Cyrus-the-great/cyrus_cylinder.htm)



Piagam Madinah



Piagam Madinah di ambil kira sebagai dokumen pertama yang membincangkan tentang hak asasi manusia di dunia. Ianya digubal 6 kurun lebih awal daripada Magna Carta.

Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M, penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai kaum. Piagam Madinah ataupun Medina Charter telah digubal dengan mengambil kira setiap kaum di Madinah.

1-23 fasal piagam tersebut membincangkan tentang hubungan diantara umat Islam, manakala fasal 24-27 pula membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam.

Terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada Piagam Madinah kerana ianya piagam pertama yang membincangkan kaum majmuk yang mendiami sesuatu tempat dengan mengambil kira hak-hak mereka sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat.
Secara tidak lansung, sebuah negara bangsa moden yang pertama telah tertubuh dengan termaktubnya piagam Madinah. Dengan piagam ini, sebuah persekutuan telah ditubuhkan dengan kuasa berpusat. Kesetiaan kepada kuasa pusat dapat dikekalkan dengan cara memberikan sama rata dan kebebasan untuk menganuti agama sendiri. Piagam tersebut juga menyatakan bahawa suara rakyat diutamakan.

(sumber: http://anshar-mtk.blogspot.my/2012/10/piagam-madinah.html, https://prezi.com/zki-vj8im1xs/huraikan-kandungan-peranan-piagam-madinah-yang-diperkenalk/)




Magna Carta



Magna Carta ataupun dalam bahasa Latin, Magna Carta Libertatum adalah satu piagam yang dipersetujui oleh Raja England iaitu John, pemerintah ketiga daripada Raja-raja Angevin (raja pertama ialah King Henry II, diikuti oleh Richard I, dan akhirnya John).

Sistem pemerintahan dibawah raja-raja Angevin dijalankan menurut prinsip vis et voluntas yang bermaksud “force and will”, dimana raja adalah diatas undang-undang, ataupun, raja merupakan undang-undang.

Pada tahun 1204, Raja John kehilangan tanahnya di Perancis oleh Raja Philip II. Raja John telah berusaha secara sedaya upayanya untuk menakhluki kembali tanah tersebut, termasuklah menaikkan cukai tanah kepada tuan-tuan tanah (baron) untuk mendapatkan wang untuk membiayai perang. Pada tahun 1214, usahanya gagal, dan pada waktu itu, dia tidak disukai oleh tuan-tuan tanah dibawah pemerintahannya pada ketika itu.

Pada tahun 1215, Raja John terpaksa menemui pemberontaknya yang diketuai oleh Robert FitzWalter di Runnymede, dimana Raja John terpaksa bersetuju dengan terma yang diutarakan oleh pemberontak tuan tanah. Terma-terma tersebut dipanggil sebagai Articles of the Barons. Bebeapa hari kemudian, kedua-dua pihak mengeluarkan dukumen yang sah bagi perjanjian mereka itu dan ianya dipanggil sebagai Magna Carta. Perkara-perkara yang dibincangkan didalam dokumen ini termasuklah hak hartanah tuan tanah dan masyarakat berkuasa yang lain dan hanya sedikit menyentuh tentang hak peladang.

Kepentingan carta tersebut kekal untuk golongan elit sahaja. Walau bagaimanapun, pada kurun ke 17, terdapat sedikit perubahan berlaku dimana menurut English legislation - the Petition of Right (1628) dan Habeas Corpus Act (1679) klaus ke 29, mengatakan, “no free man shall be … imprisoned or disseised {dispossessed} … except by the lawful judgement of his peers or by the law of the land.” Dan juga klaus ke 40 yang menyatakan bahawa, “To no one will we sell, to no one will we deny or delay right or justice”. Klaus tersebut membawa implikasi dramatic pada sistem masa depan Britain dan Amerika.

(sumber: http://www.history.com/topics/british-history/magna-carta)

Tuesday, 3 May 2016

Sejarah Perkembangan (A Short History)

Sejarah kemunculan human rights telah lama, dan boleh dilihat sejak tamadun Greek lagi. Buktinya, ialah tulisan seorang penulis Greek yang terkemuka, Sophocles, iaitu Antigone, yang ditulis pada awal tahun 441 SM (BC).


Fasa Pertama : Hak Asasi sebagai undang-undang yang tertinggi (higher law/divine law)

Antigone merupakan sebuah pementasan atau cerita yang berkisahkan mengenai seorang wanita Greek yang bernama Antigone yang ingkar terhadap pemerintahnya dan berkeras untuk menjalankan upacara pengebumian untuk abangnya. Namun begitu, dia tertangkap dan di bawa untuk berhadapan dengan pemerintah tersebut, Creon, yang juga merupakan bapa saudara Antigone. Creon berasa sangat marah kerana perintahnya tidak dituruti, dan Antigone telah melakukan upacara pengebumian yang lengkap untuk Polynices. Creon menganggap Polynices sebagai pengkhianat yang mengetuai tentera luar untuk menyerang tanahnya sendiri.


Antigone mengemukakan persoalan terhadap keputusan Creon dan juga memberitahu bapa saudaranya bahawa Polynices mempunyai hak untuk dikebumikan kerana dia taat dengan higher law ataupun kuasa tuhan, yang lebih dari Creon sebagai pemerintah.


Pada akhirnya, Antigone dikurung di dalam gua dan apabila tiba masanya Creon mahu menarik balik hukumannya, wanita itu sudahpun mati. Hal ini seterusnya membawa kepada kematian anak lelaki Creon, yang juga merupakan kekasih Antigone, dan juga kematian isterinya Eurydice, yang membunuh diri akibat kematian anak lelakinya.


Kisah ini membawa perkaitan antara manusia dan higher law yang dikatakan sebagai hak setiap manusia yang telah dikurniakan oleh tuhan.














Fasa Kedua : Undang-undang tertinggi (higher law/divine law) yang dikanunkan

Seterusnya, penulisan undang-undang bertulis yang berlandaskan higher law. Hal ini dapat dilihat dalam The Declaration of Independence (1776) yang ditulis oleh penjajah Amerika yang mahu bebas dari Empayar Britain. Mereka (koloni Amerika) menulis deklarasi untuk memberikan alasan yang kuat:


“We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal, that they are endowed by their Creator with certain unalienable Rights, that among these are Life, Liberty and the pursuit of Happiness – that to secure these rights, Governments are instituted among Men, deriving their just powers from the consent of the governed, – that whenever any Form of Government becomes destructive of these ends, it is the Right of the People to alter or to abolish it, and to institute new Government, laying its foundation on such principles and organizing its powers in such form, as to them shall seem most likely to effect their Safety and Happiness. Prudence, indeed, will dictate that Governments long established should not be changed for light and transient causes; and accordingly all experience hath shewn, that mankind are more disposed to suffer, while evils are sufferable, than to right themselves by abolishing the forms to which they are accustomed. But when a long train of abuses and usurpations, pursuing invariably the same Object evinces a design to reduce them under absolute Despotism, it is their right, it is their duty, to throw off such Government, and to provide new Guards for their future security – such has been the patient sufferance of these Colonies; and such is now the necessity which constrains them to alter their former Systems of Government. The history of the present King of Great Britain is a history of repeated injuries and usurpations, all having in direct object the establishment of an absolute Tyranny over these States. To prove this, let Facts be submitted to candid world.”



Fasa Ketiga : Kajian Semula Badan Kehakiman (judicial review)

Tahap seterusnya merupakan salah satu cara untuk membuat undang-undang tertinggi lebih efektif. Ketua Hakim Negara iaitu John Marshall dalam American Supreme Court berpendapat bahawa kuasa badan perundangan adalah tertakrif dan terhad, dan had tersebut tidak seharusnya dilupakan. Marshall menekankan semakan kehakiman bersepadu sebagai satu elemen yang penting dalam konsep undang-undang tertinggi dan hak asasi manusia. Pada tahun 1803, konsep moden untuk hak asasi manusia hampir selesai dan sejak dari itu, sedikit pembaharuan dilakukan. Antara yang sangat penting bagi pembentukan hak asasi manusia pada masa kini ialah perkembangan idea hak asasi manusia secara global. Walau bagaimanapun, hak-hak yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Amerika adalah tepat untuk rakyat Amerika sahaja.







Fasa Keempat : Penggunaan idea Hak Asasi Manusia secara universal

Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua (WWII) barulah konsep hak asasi diketengahkan. Negara ahli PBB berjanjji untuk mempromosi hak asasi manusia untuk semua, tanpa diskriminasi. Untuk mencapai matlamat ini, PPB telah menubuhkan Commision on Human Rights yang dibentuk oleh Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB untuk membantu menguruskan segala sesuatu yang berkaitan dengan hak asasi. Usaha yang diketuai oleh Eleanor Roosevelt ini telah mendapat perhatian seluruh dunia.

Pada Disember 10, tahun 1948, Universal Declaration of Human Rights (UDHR) ataupun Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia telah diterima pakai oleh 56 negara ahli PBB, walau terdapat 8 negara yang tidak bersetuju. UDHR dianggap sebagai Magna Carta antarabangsa, dan dilanjutkan dalam revolusi undang-undang diiringi oleh Piagam PPB, dimana kerajaan kini menganggap kebimbangan rakyat sebagai kebimbangan sendiri yang bersifat antarabangsa dan bukan isu domestik semata-mata. PPB mendakwa bahawa semua hak adalah saling bergantungan dan tidak boleh dipisahkan.

Pengaruh UDHR adalah sangat meluas dan prinsipnya telah diserap ke dalam perlembagaan lebih daripada 185 buah negara. Walaupun sebuah deklarasi bukanlah satu dokumen ikatan yang sah, namun Deklarasi Universal tersebut telah mencapai status antarabangsa kerana orang menganggapnya sebagai satu ukuran standard pencapaian untuk semua orang dalam setiap negara yang ada di dunia ini.

Saturday, 26 March 2016

Anomie

Anomie merupakan di dalam konteks sesebuah masyarakat ialah keadaan dimana berlakunya keadaan yang tidak stabil akibat daripada ketiadaan ataupun kehilangan sesuatu hak mahupun standard seseorang individu. Hal ini berlaku apabila putusnya ikatan sosial yang mementingkan kedua-dua individu dan komuniti.

Istilah Anomie telah diperkenalkan dan dipopularkan oleh seorang ahli Sosiologi, Emile Durkheim dalam bukunya 'Suicidal'. Beliau telah menerangkan keadaan yang bersifat anomie sebagai satu keadaan yang gila dan tidak mungkin dapat dipenuhi oleh nafsu manusia. Bagi Durkheim. pada umumnya, anomie muncul akibat daripada ketidaksamaan di antara  seorang individu secara personal dan standard sosial yang lebih luas akibat dari kurangnya etika sosial.

Contoh yang paling senang difahami ialah apabila imigran memasuki sesebuah negara dengan membawa norma mereka yang berbeza dengan norma masyarakat setempat. Mereka akan melakukan perkara yang sudah biasa mereka lakukan di negara asal mereka dan berikutan hal tersebut terjadilah masalah sosial, seperti rumah setinggan, rumah pelacuran, dan penjualan dadah. Hal ini diklasifikasikan sebagai 'kemunculan anomie pada nilai budaya/norma". Selain itu, anomie juga menyebabnya berlakunya defians, dimana seseorang individu berkelakuan kurang atau lebih dari norma masyarakatnya.


Walaupun anomie seringkali dikaitkan dengan hal-hal yang besar, seperti pencabulan hak pelajar wanita oleh pensyarah, ataupun rusuhan, namun terdapat juga hal-hal kecil yang sering berlaku di sekeliling kita, dan juga mungking terjadi kepada diri kita sendiri, iaitu penggunaan telefon bimbit ataupun smartphone dalam kehidupan seharian kita.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa smartphone telah menjadi satu input yang sangat penting bagi setiap individu dalam kehidupan harian mereka, kerana dengan adanya ciptaan ini, perhubungan menjadi lebih mudah. Namun begitu, seringkali juga peralatan ini disalahgunakan untuk mencabul hak orang lain. Dengan adanya smartphone yang mampu milik, maka semakin mudahlah untuk seseorang individu untuk melayari laman sosial. Oleh yang demikian, muncullah mereka yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu kepada orang lain dan juga menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut untuk memalukan orang lain. Selain itu, berlaku juga penggunaan smartphone di dalam bilik darjah, khususnya semasa peperiksaan. Hal ini telah membuktikan bahawa kemudahan ini telah disalahgunakan untuk meniru.

Kesimpulannya, perkembangan dunia yang seiring dengan peredaran zaman membawa impak yang besar terhadap anomie dan perjuangan untuk Human Rights. Sikap manusia yang lebih menjurus kepada individualistik dan tidak menghormati orang lain telah menyebabkan hak-hak yang orang lain dicabul untuk kepentingan mereka sendiri.

Saturday, 12 March 2016

Apa itu Hak Asasi Manusia?

Pertama sekali, konsep Human Rights atau pun Hak Asasi Manusia adalah sangat luas. Ianya boleh merangkumi pelbagai aspek referens yang ideal. Hak Asasi Manusia ataupun Human Rights merupakan sesuatu yang bersifat universal dan sering diperdebatkan di negara-negara di seluruh dunia, termasuklah negara Malaysia sendiri.

Human atau manusia didefinisikan sebagai sejenis spesis Homo Sapiens yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita ataupun lelaki. Manakala Rights didefinisikan sebagai hak yang dikurniakan kepada seseorang, ataupun kebebasan dalam membuat sesuatu perkara.

Dalam perbincangan yang melibatkan sarjana-sarjana dan cendekiawan mengenai Human Rights, mereka sering kaitkan Hak Asasi dengan sesuatu yang lebih khusus. Antaranya ialah hak-hak yang asas bagi manusia dalam hidup, seperti hak untuk hidup, kahwin, mendapat pelajaran dan lain-lain. Hak Asasi yang telah disebut dalam dokumen yang sah seperti perlembagaan negara atau perjanjian yang dilakukan antara dua organisasi atau lebih dalam negara. Hak-hak yang disentuh oleh mereka ini juga merupakan Hak-hak yang dilindungi oleh Mahkamah Tinggi negara atau badan kehakiman yang mewakili negara. Selain itu, oleh disebabkan Hak Asasi Manusia masih tertumpu pada asas dan merupakan sesuatu yang universal, maka masih terdapat perkaitan dengan natural law.



Oleh yang demikian, Human Rights ataupun Hak Asasi Manusia membawa maksud hak standard yang terdapat pada seseorang kerana dia merupakan seorang manusia. Hak Asasi Manusia diperjuangkan di kebanyakan negara dan menjadi satu isu yang penting kerana ianya membabitkan bukan seorang tetapi semua rakyat dalam negara tersebut. Hak Asasi Manusia sepatutnya sama rata dan tidak bersifat diskriminasi, tidak kira warganegara, tempat tinggal, jantina, asal usul etnik, warna kulit, agama, bahasa dan status lain.


Walaubagaimanapun, sekiranya ditanya, seseorang hanya mampu untuk memberikan satu atau dua Hak yang mereka ketahui, contohnya kebebasan bersuara dan beragama. Skop untuk Hak-hak adalah sangat besar dan merangkumi semua aspek yang terlibat dalam kehidupan kita seharian, seperti hak untuk bekerja oleh semua orang tidak kira warna kulit, agama, bangsa dan lain-lain, serta hak untuk mendapat pendidikan oleh semua kanak-kanak.

Namun begitu, dalam memperjuangkan hak-hak kita sebagai individu, kita haruslah juga menghormati hak orang lain.