Saturday, 12 March 2016

Apa itu Hak Asasi Manusia?

Pertama sekali, konsep Human Rights atau pun Hak Asasi Manusia adalah sangat luas. Ianya boleh merangkumi pelbagai aspek referens yang ideal. Hak Asasi Manusia ataupun Human Rights merupakan sesuatu yang bersifat universal dan sering diperdebatkan di negara-negara di seluruh dunia, termasuklah negara Malaysia sendiri.

Human atau manusia didefinisikan sebagai sejenis spesis Homo Sapiens yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita ataupun lelaki. Manakala Rights didefinisikan sebagai hak yang dikurniakan kepada seseorang, ataupun kebebasan dalam membuat sesuatu perkara.

Dalam perbincangan yang melibatkan sarjana-sarjana dan cendekiawan mengenai Human Rights, mereka sering kaitkan Hak Asasi dengan sesuatu yang lebih khusus. Antaranya ialah hak-hak yang asas bagi manusia dalam hidup, seperti hak untuk hidup, kahwin, mendapat pelajaran dan lain-lain. Hak Asasi yang telah disebut dalam dokumen yang sah seperti perlembagaan negara atau perjanjian yang dilakukan antara dua organisasi atau lebih dalam negara. Hak-hak yang disentuh oleh mereka ini juga merupakan Hak-hak yang dilindungi oleh Mahkamah Tinggi negara atau badan kehakiman yang mewakili negara. Selain itu, oleh disebabkan Hak Asasi Manusia masih tertumpu pada asas dan merupakan sesuatu yang universal, maka masih terdapat perkaitan dengan natural law.



Oleh yang demikian, Human Rights ataupun Hak Asasi Manusia membawa maksud hak standard yang terdapat pada seseorang kerana dia merupakan seorang manusia. Hak Asasi Manusia diperjuangkan di kebanyakan negara dan menjadi satu isu yang penting kerana ianya membabitkan bukan seorang tetapi semua rakyat dalam negara tersebut. Hak Asasi Manusia sepatutnya sama rata dan tidak bersifat diskriminasi, tidak kira warganegara, tempat tinggal, jantina, asal usul etnik, warna kulit, agama, bahasa dan status lain.


Walaubagaimanapun, sekiranya ditanya, seseorang hanya mampu untuk memberikan satu atau dua Hak yang mereka ketahui, contohnya kebebasan bersuara dan beragama. Skop untuk Hak-hak adalah sangat besar dan merangkumi semua aspek yang terlibat dalam kehidupan kita seharian, seperti hak untuk bekerja oleh semua orang tidak kira warna kulit, agama, bangsa dan lain-lain, serta hak untuk mendapat pendidikan oleh semua kanak-kanak.

Namun begitu, dalam memperjuangkan hak-hak kita sebagai individu, kita haruslah juga menghormati hak orang lain.



No comments:

Post a Comment