
Contoh yang paling senang difahami ialah apabila imigran memasuki sesebuah negara dengan membawa norma mereka yang berbeza dengan norma masyarakat setempat. Mereka akan melakukan perkara yang sudah biasa mereka lakukan di negara asal mereka dan berikutan hal tersebut terjadilah masalah sosial, seperti rumah setinggan, rumah pelacuran, dan penjualan dadah. Hal ini diklasifikasikan sebagai 'kemunculan anomie pada nilai budaya/norma". Selain itu, anomie juga menyebabnya berlakunya defians, dimana seseorang individu berkelakuan kurang atau lebih dari norma masyarakatnya.
Walaupun anomie seringkali dikaitkan dengan hal-hal yang besar, seperti pencabulan hak pelajar wanita oleh pensyarah, ataupun rusuhan, namun terdapat juga hal-hal kecil yang sering berlaku di sekeliling kita, dan juga mungking terjadi kepada diri kita sendiri, iaitu penggunaan telefon bimbit ataupun smartphone dalam kehidupan seharian kita.
Kesimpulannya, perkembangan dunia yang seiring dengan peredaran zaman membawa impak yang besar terhadap anomie dan perjuangan untuk Human Rights. Sikap manusia yang lebih menjurus kepada individualistik dan tidak menghormati orang lain telah menyebabkan hak-hak yang orang lain dicabul untuk kepentingan mereka sendiri.